Jumat, 20 Maret 2026
INFO TERKINI
🔴 Selamat Datang Di Portal Berita GLOBALINDONEWS. Aman, Aktual dan Terpercaya. AHU-006585.01.7.Tahun 2025 🔴 Selamat Datang Di Portal Berita GLOBALINDONEWS. Aman, Aktual dan Terpercaya. AHU-006585.01.7.Tahun 2025 🔴 Selamat Datang Di Portal Berita GLOBALINDONEWS. Aman, Aktual dan Terpercaya. AHU-006585.01.7.Tahun 2025
Nasional

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Tahun Baharu Cina

16 Februari 2026
20.23 WIB
Penulis: Super Admin
10x Dibaca
Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Ilustrasi: Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Tahun Baharu Cina (Dok. FRIC Muba)
IKLAN SPONSOR

FRIC-MUBA,— Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikan perayaan tersebut.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah agar sambutan Tahun Baharu Cina diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, keharmonian serta semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini.

“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini juga membawa kebahagiaan, kesejahteraan serta kemakmuran berterusan kepada negara tercinta,” titah Seri Paduka Baginda.

Berdasarkan kalendar lunar, sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan esok menandakan Tahun Kuda, yang melambangkan tenaga, ketahanan dan kejayaan. Perayaan ini bukan sahaja signifikan kepada masyarakat Tionghoa, malah menjadi simbol keharmonian dan perpaduan dalam kepelbagaian budaya Malaysia.

REKOMENDASI REDAKSI:

Jangan lewatkan informasi viral dan menarik lainnya khusus untuk Anda hari ini.

BACA SELENGKAPNYA DI SINI
BAGIKAN BERITA INI
S
Editor: Super Admin

Tim Redaksi FRIC Musi Banyuasin.